Pembikinan semula filem Jumanji

10:45 0 Comments A+ a-



Columbia Pictures telah melantik Jake Kasdan untuk mengarahkan pembikinan semula filem "Jumanji" yang telah disiarkan pada tahun 1995. Menurut "The Hollywood Reporter", filem ini telahpun disahkan pembikinannya dan dijangka akan menemui peminatnya pada 25 Disember 2016.

Sedikit penerangan mengenai filem ini bagi yang tidak pernah menonton filem ini. Filem ini berkisar tentang dua orang kanak-kanak yang bermain permainan "board-game" misteri dan secara tidak sengaja telah membebaskan seorang lelaki yang telah terperangkap bertahun lamanya di dalam permainan tersebut. Malah mereka juga secara tidak sengaja telah membebaskan haiwan-haiwan liar dari permainan tersebut ke dunia sebenar.

Walaupun masih mengekalkan idea asal filem ini, ia akan dikemaskini mengikut kesesuaian untuk masa kini.