Do you know Tom and Jerry?



Alahai, barainya...hahahaha

sumber : sukan star tv

Whatsapp kini percuma untuk selamanya



First time saya guna aplikasi permesejan whatsapp ni adalah pada tahun 2013 sebab masa tu pun kira first time jugak merasa pakai smartphone ni. Sejak pakai aplikasi ni, rasa macam jatuh cinta pulak pula dengan aplikasi ni. Aplikasi ni sangat interaktif dan sangat mudah untuk digunakan.

Sejak tu, setiap tahun juga dapat notification dari whatsapp untuk buat pembayaran kalau tak nak perkhidmatan whatsapp ni di hentikan. Tapi tak pernah pun dia tamatkan, bagi lagi setahun ada la. Sekarang whatsapp dah pun keluarkan kenyataan bahawa aplikasi ini adalah percuma kepada semua pengguna whatsapp seumur hidup. Alhamdulillah.



Pembikinan semula filem Jumanji



Columbia Pictures telah melantik Jake Kasdan untuk mengarahkan pembikinan semula filem "Jumanji" yang telah disiarkan pada tahun 1995. Menurut "The Hollywood Reporter", filem ini telahpun disahkan pembikinannya dan dijangka akan menemui peminatnya pada 25 Disember 2016.

Sedikit penerangan mengenai filem ini bagi yang tidak pernah menonton filem ini. Filem ini berkisar tentang dua orang kanak-kanak yang bermain permainan "board-game" misteri dan secara tidak sengaja telah membebaskan seorang lelaki yang telah terperangkap bertahun lamanya di dalam permainan tersebut. Malah mereka juga secara tidak sengaja telah membebaskan haiwan-haiwan liar dari permainan tersebut ke dunia sebenar.

Walaupun masih mengekalkan idea asal filem ini, ia akan dikemaskini mengikut kesesuaian untuk masa kini.


Mukadimah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hari ni rasa macam nak mula semula berblogging lepas da lama tinggalkan dunia blogging ni. Maybe masa tu first time ber-blogging dan just nk merasa je macam mana jadi blogger ni sebenarnya. Ternyata bukan semudah yang disangka. Manyak susah wo (bagi si pemalas cam aku). So betul la macam apa yang orang cakap, buat blog ni memang senang tapi nak maintain tu agak susah sikit.


Dalam blog ni aku akan share-kan ilmu-ilmu yang aku pelajari tak kira la dari lecturer ke, kawan-kawan ke pengalaman sendiri ke sebab sahring is caring kan cheewahhhh. Jadi meh la singgah sini selalu dan jangan malu-malu nak comment kat sini ok.

Ok lah, itu je kot buat masa ni. Assalamualaikum.